Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

12.11.2009

~::Diari Si Kucing Kecil::~

Selamat pagi,
Tidak mengira bilakah atau dimanakah hari ini,
Cahaya mentari memancar dengan cerianya...

Di dalam diari Si Kucing,
tertulis bilangan tidurnya untuk hari ini...
Di dalam diari Si Buaian,
tertulis bilangan hayunannya untuk hari ini...
Di dalam diari Si Jam Dinding,
tertulis bilangan cintanya memandangnya untuk hari ini...
Di dalam diari bibirku pula,
tertulis bilangan ia menyebut namamu untuk hari ini...
satu, dua, tiga, empat dan lima...

Selamat pagi,
Tidak mengira bilakah atau dimanakah hari ini,
Aku bermimpi, adakah hati kita semakin hampir...

Di dalam diari Si Angkasa,
tertulis saat-saat bintang-bintang bertemu...
Di dalam diari Si Angin,
tertulis khabar angin seseorang berciuman hari ini...
Sekiranya ia diari Si Roket,
tertulis kisahnya mengira saat untuk berlepas ke angkasa...
Di dalam diari bibirku pula,
aku bermimpi mengira saat-saatku untukku datang padamu...
tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua dan satu...

Diariku bermimpi akan saat-saat aku mengucupimu...














HAHA!! Jiwang kejap!!

12.09.2009

Wah!!! Banyaknya Habuk!!!!!

Hahaha.. Blog ni kalau nk diikutkan, mesti dh collect byk virtual dusts sbb lama x update.. Bukan sebab aku sibuk ke apa ke, tapi sebab attention span ngn interest aku x dpt nk bertahan lama kat menatang blog ni...

Sape stuju ngn apa yg dlm pic ni cakap?

Nampak gayanya, aku fail as a writer... Memang la blogging ni org wat atas idea yg mendatang tiba2, tapi bila tgk balik blog kengkawan yg lain, rasa mcm malu pun ada... Internet hari2 online, tapi blogging sbulan skali pun cukup susah bagi aku... Tapi seminggu ni, aku duk asyik baca blog org lain (mostly blog written in english), dan baru aku perasan, blogging x semestinya pasal apa yg berlaku pada kita atau hanya pasal menulis... Mungkin aku yg x kreatif kot? Tapi bila aku view blog2 lain tu kan, macam ada la perasaan "Wow, dasatnya blog dorang ni" muncul dfalam hati aku... Haha!!

Anyways, let's start blogging again, this time for real ("Second" second fresh restart utk blog ni)...

8.23.2009

Selamat Berpuasa Dari Saya


Selamat menyambut bulan Ramadhan di ucapkan pada semua yang beragama Islam dan yang berpuasa tu.. Lama dh aku x aktif dgn blog ni.. Khusyuk duk main DragonicaOnline leni.. Game tu mcm addictive, n Ramzi si rumate aku tu dh main smpai dh cecah level 30++ dh leni..Pedulikan psl game tu dlu wat masa ni, just nk ckp, aku nk start upload some comics into this blog and link them for those who wants to enjoy them.. FYI, collection Pendekar Laut aku dh complete utk 3 generasi tu, thanks to Nie Feng, Cyclon Master, Jifat, andPadlogue.. Korang mmg otai la..

8.11.2009

Azim & His Kueh Raya..

Korang mesti tau pasal apa yg azim tgh promote leni, kn? Hari2 jumpa mesti dia asyik tanya antara 2 soalan lazim ni..

"Nak beli kuih raya?", xpun "Nak tambah pesanan kuih raya lagi?".

Recently, housemate aku yang sorang (Azim ni la) ni dh dpt dh stock awal kuih2 raya dia, for tester katanya.. Seraya dgn itu, makin menjadi2 la kempen jualan kuih raya dia tu.. anyway, aku dh bli satu jenis kuih dia, harap2 korang pun support la usahawan muda kita untuk berjaya dalam usaha dia tu.. Mana la tau kot2 kita blh claim duit raya from untung dia jual kuih tu, kan? Untuk tempahan, sila klik sini (aku xde amik komisyen tlg advertise ni, so jgn slh paham, PAHAM?!)

Azim Saidon & Kuih Raya

Ni dua spesis kuih dia yang aku jamin sedap..


8.09.2009

Bermulanya Sebuah Blog Baru...

Haha, kali ke tiga attemp aku nk wat blog.. harap2 aku x delete lg dh blog ni, mcm 2bijik blog aku yg lps2 dulu sbb ilang iterest.. anyway, wish me luck with this thing.. nk jd follower byk org ni.. master nie feng, cyclonmaster, jifat.. korang sume mesti nk tau sapa nama2 ni.. dorong la uploader komik2 hong kong versi melayu tahap legend kat malaysia.. Hidup KORANG!! Hidup keturunan Pendekar Laut!!!
 

blogger templates | Make Money Online